Video
Aktiviti / Program
Syarat Am Kemasukan | Lepasan SPM
1.Warganegara Malaysia 2.Memiliki SPM atau setaraf 2.Lulus Bahasa Melayu 3.Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) 4.Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran 5.Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta,buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali Lepasan Sijil Kolej Komuniti 1. Warganegara Malaysia 2. Lulus Sijil Kolej Komuniti dalam program berikut: Sijil Teknologi Elektrik Sijil Pemasangan Elektrik Sijil Sistem Komputer & Sokongan Sijil Sistem Komputer Dan Rangkaian Sijil Teknologi Telekomunikasi Sijil Teknologi Peranti Mudah Alih Sijil Teknologi Maklumat Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) 3.Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali. 4.Maklumat lanjut sila lihat di https://ambilan.mypolycc.edu.my/ |
Tempoh Pengajian | 6 semester |
SINOPSIS
Program ini direka untuk memperkenalkan pelajar kepada teknologi elektrik yang memberi tumpuan kepada bidang sound and lighting. Pelajar juga akan belajar teknik merekabentuk dan mengoperasi bunyi serta sistem lampu terutamanya menggunakan teknologi tinggi yang khusus bagi industri, peralatan elektrik dan elektronik.
PROSPEK KERJAYA
Graduan program ini akan memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian dengan kehendak industri dan membuka peluang kerjaya sebagai:-
a. Electrical, Sound and Lighting Technician
b. Assistant Lighting and Sound Engineer
c. Audio Visual (AV) Specialist
d. Theatre Technician
e. Studio Technician
f. Stage Technician
g. Rigging and Truss Specialist
h. Entrepreneur
Syarat Am Kemasukan | 1. Warganegara Malaysia 2. Lulus Bahasa Melayu 3. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) 4. Satu (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran 5. Program Bertemu Duga 6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali |
Tempoh Pengajian | 4 semester |
SINOPSIS
Program Animasi 2D adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Animasi 2D. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang animasi 2D yang mana ia boleh diimplementasikan bagi kerjaya di dalam bidang multimedia kreatif. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya seperti:
1. Pereka bentuk Karakter (Character Designer)
2. Pereka Latar Belakang (Background Artist)
3. Pelukis Papan Cerita (Storyboard Artist)
4. Pereka Kesan Khas (VFX Artist)
5. Pereka Bunyi (Foley Artist)
6. Penyunting Audio (Audio Editor)
7. Penyunting Video (Video Editor)
8. Pelakon Suara Latar (Voice Actor)
Syarat Am Kemasukan | 1. Warganegara Malaysia 2. Lulus Bahasa Melayu 3. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) 4. Lulus Matematik 5. Satu (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran 6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali |
Tempoh Pengajian | 4 semester |
SINOPSIS
Program Teknologi Maklumat adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Teknologi Maklumat. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, ia dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan :
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang teknologi maklumat yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang teknologi maklumat. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya seperti:
i. Perisian aplikasi, pemasangan komputer, asas pengaturcaraan dan etika digital dan keselamatan sosial.
ii. Pangkalan data, rangkaian komputer, asas multimedia, pembangunan reka bentuk laman web dan pengenalan analisis dan rekabentuk sistem.
iii. Pembangunan aplikasi mudah alih, internet of things, pengaturcaraan berorientasikan objek dan projek pelajar
i. Juruteknik Komputer
ii. Pembantu Pengaturcara
iii. Usahawan Teknologi Maklumat
iv. Pembantu Tadbir
Syarat Am Kemasukan | 1.Warganegara Malaysia 2.Lulus Bahasa Melayu 3.Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) 4.SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran 5.Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali |
Tempoh Pengajian | 4 semester |
OBJEKTIF PROGRAM PENGAJIAN - PEO
SINOPSIS
Program Sijil Teknologi Elektrik (dahulunya dikenali Sijil Pemasangan Elektrik) direkabentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada teknologi elektrik pada masa kini. Pelajar akan memperolehi pengetahuan dan latihan kemahiran berkaitan elektrik dan elektronik. Pelajar berkemampuan untuk mengendalikan kerja-kerja pemasangan dan perkhidmatan berkaitan industri elektrik dan elektronik. Program ini menawarkan kursus teras Teknologi Elektrik, Alat Pengukuran, Peranti Semikonduktor, Sistem Digit, Lukisan Terbantu Komputer, Motor Elektrik Satu Fasa, Pemasangan Elektrik Satu Fasa, Motor Elektrik Tiga Fasa, Pemasangan Elektrik Tiga Fasa, Pengawal Logik Bolehaturcara, Sistem Automasi Bangunan, serta kursus Sistem Keselamatan dan Penyamanan Udara. Selain itu, kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan juga ditawarkan sebagai teras umum selain Matematik dan Sains. Pelajar juga akan didedahkan dengan elemen soft skills melalui kursus wajib yang menerapkan kemahiran insaniah dan pembelajaran kendiri melalui tugasan serta projek. Di samping itu, lulusan daripada program ini juga akan mempelajari teknik-teknik keusahawanan sebagai nilai tambah bagi menyahut cabaran dunia sebenar keusahawanan dalam bidang elektrik dan elektronik.
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang teknologi elektrik yang boleh menepati keperluan kerjaya seperti berikut:
1. Penolong Jurutera Gred JA29
2. Juruteknik Elektrik/Elektronik
3. Penolong Penyelia Elektrik
4. Juruelektrik
Syarat Am Kemasukan | 1.Warganegara Malaysia 2.Lulus Bahasa Melayu 3.Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) 4.SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran 5.Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali |
Tempoh Pengajian | 4 semester |
SINOPSIS
Program Pengoperasian Perniagaan adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang perakaunan, kewangan dan perniagaan. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang pengoperasian perniagaan yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang pengoperasian perniagaan. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang pengoperasian perniagaan, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut :
1. Penyelia Operasi
2. Penyelia Jualan
3. Penyelia Sumber Manusia
4. Pembantu Pemasaran
5. Perunding Perniagaan
6. Kerani
7. Usahawan dalam sektor perniagaan
Syarat Am Kemasukan | 1.Warganegara Malaysia 2.Lulus Bahasa Melayu 3.Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) 4.SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran 5.Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali |
Tempoh Pengajian | 4 semester |
SINOPSIS
Program ini direka bertujuan untuk memperkenalkan pelajar kepada keperluan tenaga kerja yang terkini berdasarkan permintaan industri. Melalui program ini, pelajar akan memperolehi pengalaman dalam melaksanakan dan mengendalikan aktiviti berkaitan industri pelancongan. Antara kandungan pengajian yang diperkenalkan dalam program ini ialah seperti Asas Pelancongan Malaysia, Pengenalan kepada Industri Pelancongan dan Hospitaliti, Interpretasi Pelancongan, Pertolongan Cemas, Perkhidmatan Pelanggan Pelancongan, Pemasaran Pelancongan, Rekreasi Pelancongan, Pemanduan Pelancongan, Operasi Agensi Pelancongan, Pengangkutan Pelancongan, Tempahan dan Tiketan, Geografi Pelancongan, Operasi Acara, Pembangunan Profesional dan Pengurusan Acara Sosial. Pelajar juga akan diajar berkaitan dengan kursus am dimana pelajar akan dibekalkan dengan kemahiran keusahawanan. Di samping tugasan dan ujian, pelajar juga akan dinilai melalui amali dan juga praktikal bagi membolehkan kemahiran yang dipelajari dapat diaplikasikan secara berkesan. Program sijil ini ditawarkan selama empat (4) semester termasuk latihan industri pada semester akhir bertujuan meningkatkan kemahiran dan kecekapan pelajar sebagai persediaan untuk memasuki pasaran kerja. Lulusan program ini akan bersedia menyahut cabaran dunia sebenar dalam bidang pelancongan.
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pelancongan yang boleh diaplikasikan pada pelbagai jenis kerjaya dalam industri pelancongan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi pelajar dari program ini membolehkan mereka meneroka peluang pekerjaan sebagai:
1. Pemandu Pelancong Bandar (City Guide)
2. Pemandu Pelancong Alam Semula Jadi (Nature Guide)
3. Pemandu Pelancong Setempat (Onsite Guide)
4. Kerani Tempahan
5. Perunding Lawatan
6. Koordinator Lawatan
7. Pegawai Pelancongan
8. Penyelia Rekreasi
9. Pengendali Acara
10. Pegawai Khidmat Pelanggan
11. Wakil Pemasaran dan Jualan
12. Usahawan
Syarat Am Kemasukan | 1.Warganegara Malaysia 2.Lulus Bahasa Melayu 3.Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) 4.SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran 5.Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali |
Tempoh Pengajian | 4 semester |
SINOPSIS
Program Reka Bentuk dan Pembuatan Perabot adalah satu program yang membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Reka Bentuk dan Pembuatan Perabot. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan.
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Reka Bentuk dan Pembuatan Perabot yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang tersebut. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut :
1. Pelukis Pelan Perabot
2. Perekabentuk Perabot
3. Penyelia
4. Juruteknik Mesin
5. Jurukawalan Mutu (QC)
6. Pengukir
7. Usahawan
Syarat Am Kemasukan | 1.Warganegara Malaysia 2.Lulus Bahasa Melayu 3.Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) 4.SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran 5.Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali |
Tempoh Pengajian | 4 semester |
SINOPSIS
Program Perkhidmatan Logistik adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam asas logistik, pengurusan gudang, inventori, rantaian bekalan, pengangkutan, perolehan dan pengurusan pengagihan. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang sijil perkhidmatan logistik yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang logistik. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang perkhidmatan logistik, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut :
Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:
1. Infrastruktur, undang-undang, pengurusan,isu teknologi dan pengangkutan antarabangsa.
2. Mengoptimumkan keputusan pengurusan rantaian bekalan di peringkat operasi, taktikal dan strategik dalam dunia perniagaan yang pesat
3. Saluran yang sesuai, dasar dan strategi, kaedah pengagihan khas, logistik dan komunikasi serta elemen-elemen dalam pengagihan logistik
4. Pengurusan akaun gudang seperti rekabentuk gudang, kaedah stor, pembungkusan, pengendalian bahan-bahan, tenaga kerja, pentadbiran gudang dan prosedur, faktor keselamatan dan isu semasa pengurusan gudang.
5. Menguruskan inventori yang dapat meningkatkan keuntungan korporat, dapat menjangkakan kesan polisi koporat ke atas aras inventori serta meminimumkan kos dalam aktiviti logistik.
6. Pembelian bahan sebenar , aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan proses belian dan proses perolehan dalam pengurusan rantaian bekalan.
7. Struktur dan organisasi dalam industri pengangkutan yang berkaitan dengan peraturan, dokumentasi komersial domestik dan antarabangsa yang perlu dipatuhi oleh pemain industri
1. Penyelia Gudang
2. Penyelia Stor
3. Penyelia Pengangkutan
4. Kerani Perolehan
5. Perunding Logistik
6. Penyelia kargo
7. Penyelia Pusat Pengedaran
8. Kerani Kawalan Inventori
9. Usahawan dalam Sektor Logistik
Aktiviti / Program