BIPC 2024
PERTANDINGAN INTERNATIONAL BUSINESS INNOVATION PITCHING COMPETITION (BIPC) 2024
Pertandingan ini merupakan pertandingan inovasi keusahawanan di peringkat antarabangsa khusus kepada para pelajar seluruh Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia serta Institusi Pendidikan Indonesia. Program ini disusun dengan teliti untuk membentuk dan memperluaskan landskap keusahawanan di peringkat antarabangsa memberikan peluang kepada usahawan pelajar untuk berkembang menggalakkan penciptaan produk dan perkhidmatan baru serta memacu ekonomi tempatan dan global.
OBJEKTIF
Penganjuran pertandingan ini adalah bagi memberikan pendedahan kepada penyediaan video pitching yang berkesan selari IR 4.0 memberi pendedahan dan peluang kepada para pelajar untuk menilai idea / produk @ perkhidmatan secara objektif kritikal dan praktikal melalui aplikasi Business Model Canvas (BMC). Selain itu penganjuran pertandingan ini akan dapat melatih dan membimbing peserta di dalam melakukan business pitching yang berkualiti di samping melahirkan golongan pelajar yang berkeyakinan tinggi di dalam membentangkan idea dan produk/ perkhidmatan inovasi masing-masing.
TEMA BIPC 2024
Innovate, Inspire & Impact
Jadual Pertandingan
Peringkat Pertandingan / Aktiviti Program |
Tarikh |
Maklumat |
Pendaftaran awal |
01 Julai - 05 Ogos 2024 |
Pendaftaran dalam talian di pautan https://bit.ly/pendaftaranBIPC2024 |
Virtual Bootcamp |
06-07 Ogos 2024 |
Bootcamp secara online melalui platform Google Meet di pautan https://meet.google.com/rqt-efke-dpy |
Penghantaran penyertaan (video pitching & poster) |
08-21 Ogos 2024 08-24 Ogos 2024 |
Penghantaran penyertaan pertandingan iaitu video pitching dan poster pertandingan dalam talian di pautan https://bit.ly/videopitchingBIPC2024 |
Penilaian awal (video pitching & poster) |
26-28 Ogos 2024 2-4 Sept 2024 |
Penjurian akan dijalankan bagi memilih 30 finalis BIPC 2024 iaitu 15 finalis kategori idea inovasi perniagaan dan 15 finalis kategori produk inovasi perniagaan. |
Pengumuman finalis BIPC 2024 |
29 Ogos 2024 6 Sept 2024 |
Pengumuman 30 finalis BIPC 2024 akan dimaklumkan melalui surat rasmi. |
Pitching Bootcamp & penghantaran slaid pembentangan |
25 September 2024 |
Diadakan secara bersemuka di Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL). |
Penjurian Akhir |
26 September 2024 |
Sesi pitching secara bersemuka. Peserta akhir diwajibkan melaksanakan showcase/pameran idea/produk masing-masing. |
Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah |
27 September 2024 |
Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah |
GARIS PANDUAN
- TERBUKA kepada semua pelajar daripada Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia serta Institusi Pendidikan Indonesia.
- Penyertaan adalah secara individu dan melibatkan 1 mentor sahaja.
- Penyertaan adalah secara PERCUMA tanpa sebarang bayaran.
- Terdapat 2 KATEGORI pertandingan iaitu:
- Idea Inovasi Perniagaan
- Produk Inovasi Perniagaan
- TIADA HAD untuk bilangan penyertaan daripada setiap institusi.
- Idea inovasi atau produk@perkhidmatan inovasi yang dipertandingkan mestilah karya atau idea asli dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber. Sekiranya peserta didapati melanggar syarat berkaitan maka penyertaan akan TERBATAL secara automatik dan hadiah kemenangan akan ditarik balik.
- Penggunaan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu adalah dibenarkan.
- Sijil penyertaan dan anugerah akan dikeluarkan oleh JPPKK.
Syarat Penyertaan
Idea inovasi boleh dikemukakan dalam bentuk sampel komersial prototaip model pelan mock-up lukisan gambar teks dan lain-lain yang bersesuaian.
Bagi idea inovasi atau produk@perkhidmatan inovasi yang telah memenangi apa-apa pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa pengubahsuaian perlu dilakukan daripada idea @ produk asal.
Setiap penyertaan WAJIB menghantar POSTER (Softcopy) dan VIDEO PITCHING berkaitan idea inovasi atau produk@perkhidmatan inovasi yang diwakilinya.
Tarikh akhir pendaftaran dan penghantaran video pitching adalah pada 24 Ogos 2024 jam 11.59 malam melalui pautan di https://bit.ly/videopitchingBIPC2024
Penyediaan video pitching dan poster perlu mengikut Panduan Penyediaan Video Pitching dan Panduan Penyediaan Poster.
PANDUAN PENYEDIAAN VIDEO PITCHING
- Penggunaan elemen Business Model Canvas (BMC) amat digalakkan semasa penyediaan kandungan video.
- Tempoh video adalah tidak melebihi 3 minit.
- Peserta DIGALAKKAN untuk menunjukkan prototype atau produk inovasi di dalam video tersebut.
- Video mestilah mempunyai resolusi 720 ke atas.
- Format penyediaan video pembentangan adalah mengikut kreativiti peserta. Berikut adalah elemen yang boleh digunakan sebagai kandungan video berkaitan iaitu:
- Muka depan video mengandungi nama peserta, institusi yang diwakili, dan nama produk/perkhidmatan/idea inovasi.
- Penyataan masalah (Problem statement)
- Diskripsi Produk (product description)
- Keunikan/ kegunaan produk (Benefits of product)
- Potensi dan sasaran pasaran (Market potential and customer segment)
- Strategi pemasaran
- Video perlu dimuatnaik dalam Youtube peribadi atau pihak ketiga dengan menggunakan format di bawah:
- BIPC2024_Namainstitusi_Nama Produk/Idea (Contoh: BIPC’2024_KKKL_SuperMultibox.)
- Peserta dikehendaki menghantar link URL video Youtube tersebut kepada pihak penganjur melalui pautan di https://bit.ly/videopitchingBIPC2024
- Video yang telah dimuatnaik adalah menjadi hak cipta terpelihara BIPC’2024.
Panduan Penyediaan Poster Idea Inovasi atau Produk@Perkhidmatan Inovasi
- Setiap peserta dikehendaki menyediakan poster dalam orientasi Potrait.
- Poster (softcopy) format PDF (tidak melebihi 1GB) perlu dihantar pada tarikh dan pautan yang sama seperti penghantaran video pitching.
- Bagi peserta yang berjaya ke peringkat akhir, peserta dikehendaki membawa poster yang telah dicetak (Saiz A2). Poster tersebut perlu ditampal di atas foam board/mounting board/cardboard. Easel akan disediakan oleh penganjur.
- Kandungan poster perlu mengandungi elemen di bawah:
- Nama Produk
- Nama peserta dan institusi
- Penyataan masalah
- Penyelesaian / kelebihan
- Impak
- Sasaran dan potensi pasaran
- Gambar produk / prototype / carta / diagram
- Lain-lain yang bersesuaian
- Softcopy poster perlu dimuat naik melalui pautan di https://bit.ly/videopitchingBIPC2024
Panduan Persediaan Showcase
- Setiap peserta akhir dikehendaki membuat showcase /pameran pada 26 September 2024.
- Sesi showcase adalah secara berasingan dengan slot pitching akhir.
- Peserta akan disediakan dengan 1 meja pameran dan easel sahaja.
- Peserta akhir dan mentor dikehendaki membawa sendiri peralatan pameran yang diperlukan.
- Tidak dibenarkan membuat demo memasak dan membawa sebarang peralatan yang dianggap merbahaya oleh pihak penganjur.
Panduan Persediaan Mentor Terbaik
- Penjurian mentor hanya melibatkan projek yang berjaya ke peringkat akhir sahaja.
- Mentor dikehendaki membuat laporan pelaksanaan aktiviti bersama mentee sepanjang program International Business Innovation Pitching Competition (BIPC) 2024.
- Softcopy laporan mentor boleh dicapai di https://bit.ly/laporanmentorBIPC2024.
- Laporan mentor perlu dihantar kepada pihak urusetia bermula tarikh 6 - 23 September 2024 sahaja. Sebarang penghantaran selepas tarikh tersebut adalah tidak dibenarkan.
- Sila muat naik borang tersebut (format PDF) ke https://bit.ly/borangmentorintBIPC2024
PENJURIAN PERTANDINGAN
Fasa Pertama
Penjurian pertama adalah berdasarkan video pitching & poster yang dihantar oleh peserta pada tarikh yang dinyatakan di atas.
Setiap penyertaan akan menerima SATU (1) e-Sijil Penyertaan (gold, silver, atau bronze)
Fasa Akhir
30 penyertaan terbaik dikehendaki menghadiri PITCHING BOOTCAMP yang akan diadakan secara bersemuka.
Terdapat dua (2) pusingan sesi penjurian fasa akhir iaitu:
- Business Pitching
- Setiap peserta hanya diberikan masa selama 3 minit untuk membuat business pitching menggunakan paparan slaid powerpoint (perlu turut melibatkan elemen BMC) dan 2 minit bagi sesi soal jawab oleh panel juri.
- Bilangan slaid adalah terhad kepada 10 slaid dan mengikut kreativiti masing-masing
- Para peserta digalakkan membawa prototype atau produk inovasi (sekiranya ada).
- Penjurian adalah berdasarkan konsep Business Model Canvas (BMC).
- Product Showcase & Poster
- Setiap peserta hanya diberikan masa selama 3 minit untuk membuat pembentangan product showcase dan poster mengikut kreativiti; dan 2 minit bagi sesi soal jawab oleh panel juri.
- Para peserta digalakkan membawa prototype atau produk inovasi (sekiranya ada).
- Keputusan juri adalah MUKTAMAD dan sebarang aduan tidak akan dilayan.
HADIAH PERTANDINGAN
Setiap penyertaan akan menerima SATU (1) e-Sijil Penghargaan (gold, silver, atau bronze)
Anugerah yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Bil |
Anugerah |
Hadiah |
1 |
Business Innovation and Pitching Competition 2024
- Kategori Produk Inovasi Perniagaan
- Tempat pertama
- Tempat kedua
- Tempat ketiga
- Kategori Idea Inovasi Perniagaan
- Tempat pertama
- Tempat kedua
- Tempat ketiga
|
- RM 1000 beserta sijil dan piala
- RM 750 beserta sijil
- RM 500 beserta sijil
- RM 1000 beserta sijil dan piala
- RM 750 beserta sijil
- RM 500 beserta sijil
|
2 |
Anugerah Showcase Terbaik
- Tempat pertama
- Tempat kedua
- Tempat ketiga
|
- RM 700 beserta sijil dan piala
- RM 500 beserta sijil
- RM 300 beserta sijil
|
3 |
Anugerah Khas Juri
- Produk Inovasi Perniagaan Terbaik
- Idea Inovasi Perniagaan Terbaik
- Pembentang Terbaik
- Usahawan Berpotensi
- Mentor Terbaik
|
- RM 350 beserta sijil
- RM 350 beserta sijil
- RM 350 beserta sijil
- RM 350 beserta sijil
- RM 350 beserta sijil
|