Syarat Am Kemasukan 1.Warganegara Malaysia
2.Lulus Bahasa Melayu
3.Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
4.SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
5.Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
Tempoh Pengajian 4 semester

SINOPSIS

Program Perkhidmatan Logistik adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam asas logistik, pengurusan gudang, inventori, rantaian bekalan, pengangkutan, perolehan dan pengurusan pengagihan. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

1. Infrastruktur, undang-undang, pengurusan,isu teknologi dan pengangkutan antarabangsa.

2. Mengoptimumkan keputusan pengurusan rantaian bekalan di peringkat operasi, taktikal dan strategik dalam dunia perniagaan yang pesat

3. Saluran yang sesuai, dasar dan strategi, kaedah pengagihan khas, logistik dan komunikasi serta elemen-elemen dalam pengagihan logistik

4. Pengurusan akaun gudang seperti rekabentuk gudang, kaedah stor, pembungkusan, pengendalian bahan-bahan, tenaga kerja, pentadbiran gudang dan prosedur, faktor keselamatan dan isu semasa pengurusan gudang.

5. Menguruskan inventori yang dapat meningkatkan keuntungan korporat, dapat menjangkakan kesan polisi koporat ke atas aras inventori serta meminimumkan kos dalam aktiviti logistik.

6. Pembelian bahan sebenar , aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan proses belian dan proses perolehan dalam pengurusan rantaian bekalan.

7. Struktur dan organisasi dalam industri pengangkutan yang berkaitan dengan peraturan, dokumentasi komersial domestik dan antarabangsa yang perlu dipatuhi oleh pemain industri