Koleksi Produk Inovasi Pensyarah 2017

Buku ini diterbitkan sebagai salah satu inisiatif Seksyen Penyelidikan dan Inovasi (RnI) Kolej Komuniti Kuala Langat dalam usaha untuk mengumpulkan produk inovasi yang telah dihasilkan oleh para pensyarah di Kolej Komuniti Kuala Langat. Produk Inovasi Pensyarah Kolej Komuniti Kuala Langat ini merupakan himpunan produk inovasi sepanjang tahun 2017 yang telah menyertai beberapa pertandingan bermula dari peringkat dalaman Kolej Komuniti Kuala Langat, peringkat Daerah, peringkat Kebangsaan dan juga peringkat Antarabangsa. Buku ini adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat sesuatu produk inovasi yang telah dihasilkan dan juga untuk meningkatkan potensi komersial bagi setiap produk inovasi yang telah dihasilkan berdasarkan kesungguhan dan kreativiti para pensyarah di Kolej Komuniti Kuala Langat.

Lihat lagi