MAKLUMAN PENANGGUHAN DAN TUNTUTAN BAYARAN PENGAJIAN PELAJAR KKKL DAN KKKLCS

Merujuk kepada Buku Panduan dan Peraturan Am Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti Edisi Pertama 2024, muka surat 14, Bab 2 : Bayaran Pengajian (Lampiran A), pelajar adalah dibenarkan memohon penangguhan bayaran pengajian (yuran pengajian; yuran kamsis/asrama/kolej kediaman; dan bayaran pelbagai) tertakluk kepada kelulusan Pengarah Institusi. Bayaran yang diluluskan penangguhan hendaklah dijelaskan dalam tempoh satu (1) bulan selepas tamat tempoh penangguhan bagi mengekalkan status sebagai pelajar.

Bagi kes pelajar berhenti dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tarikh pendaftaran lapor diri, pelajar dibenarkan membuat tuntutan bayaran pengajian tertakluk kepada prosedur kewangan semasa. Dokumen berikut hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Pengambilan Pelajar sebelum tarikh tutup pendaftaran sesi semasa:

i. Senarai Semak Tuntutan Bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Kamsis/Asrama/Kolej Kediaman melalui JOMPAY/IPAYMENT (Lampiran 1)
ii. Senarai Semak Tuntutan Bayaran Pelbagai (Lampiran 2)

Dimaklumkan bahawa bayaran balik kepada pelajar akan mengambil masa sehingga enam (6) bulan selepas dokumen lengkap diterima. Bersama-sama ini disertakan carta alir tuntutan bayaran (Lampiran B) untuk rujukan.

Sekian, Terima Kasih

Lampiran A